skip to main |
skip to sidebar
“Wahai
saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia
pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan
dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang
pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah
pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang
lalu-lalang. Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan
sedekah karena kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya sama
sekali.
Setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu
tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang
ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti
biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila Beliau SAW sampai,
Beliau menghampiri si pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan
ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan
itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi
dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan nabi Muhammad SAW
itu dilakukannya setiap hari hinggalah suatu saat baginda wafat. Sejak
kewafatan baginda, tidak ada seorang pun yang sudi menyuapkan makanan ke
mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu
Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri
Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai
anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak
lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah
Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah
lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil
mempersilahkan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Setiap pagi Rasulullah selalu membawa makanan untuk seorang pengemis
buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke
mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi
yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada
ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan
setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad
untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang
sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum
ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis
buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan kemudian
menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu?
Berani kamu menyuapiku?” Pengemis buta itu menghardik Saidina Abu Bakar
ra. Pengemis buta itu merasa lain benar suapan yang dia dapat karena
tidak seperti biasa nya, kemudian Saidina Abu Bakar ra berkata itu
seperti biasa setiap hari yang kau dapati.
dan“Akulah orang
yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra lagi
sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan
orang itu selalu lembut dan sopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih
dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke
mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah saat hendak menelannya,”
balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra
yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan
orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku
menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat
air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab
itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra
dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina
Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya.
Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad
Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah
tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun
tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku
dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat
memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis
teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak
akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini karana dia telah
sudah meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau
begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah
syahadat dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan
Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa
pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..
0 komentar:
Posting Komentar