Religi Umum Humor Tutorial
Adam As. Idris As. Nuh As. Hud As. Saleh As. Ibrahim As. Ismail As. Ishaq As. Yaqub As. Yusuf As. Zulkifli As. syuaib As. Musa As. Harun As. Daud As. Sulaiman As. Ilyas As. Ilyasa As. Ayub As. Yunus As. Zakaria As. Yahya As. Luth As. Isa As. Muhammad SAW
Post Icon

biografi IMAM ABU HANIFAH

  • RIWAYAT HIDUP
 Nama beliau ialah An-Nu`man bin Sabit bin Zuta At-Taymiy . Beliau dilahirkan di Kufah pada tahun 80H/699M. Beliau merupakan seorang
tabi`in. Abu Hanifah ialah mawla kepada Bani Taymu Llah bin Sa`laba.Beliau berketurunan Farsi dan ayahnya seorang peniaga kain. Beliau dikenali
dengan nama Abu Hanifah kerana salah seorang anaknya bernama Hanifah.
 Imam Abu Hanifah ialah seorang yang kacak, wajahnya tampan, baik janggutnya dan
bagus pakaiannya. Beliau seorang yang tidak begitu rendah dan tidak begitu tinggi.
Beliau banyak memakai minyak `atar dan dikenali dengan bau yang wangi apabila dia
datang dan apabila dia keluar daripada rumahnya sebelum dia dilihat orang.

Beliau dibesarkan di kota Kufah dengan kehidupan yang senang dan mewah. Sejak kecil
beliau sudah terdidik dalam urusan perniagaan dan mendapat kemudahan untuk menuntut
ilmu. Ini menjadikannya seorang saudagar yang berpengetahuan tinggi dan berpegang
teguh dengan hukum Allah. Beliau seorang yang berakhlaq mulia, pemurah, ikhlas,
berani, suka memberi nasihat, rajin berusaha dan bercita-cita tinggi. Beliau sering bangun
malam untuk mengerjakan salat malam dan membaca Al-Qur’an.

Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rajab tahun 150H/767M ketika berusia
70 tahun.
  •  PENDIDIKAN
 Imam Abu Hanifah mendapat banyak peluang menuntut ilmu sejak kecil sehingga ke
peringkat yang paling tinggi. Beliau mempelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-
undang Islam. Selain daripada menjadi seorang ilmuwan, beliau juga seorang ahli
perniagaan. Penglibatannya dalam perniagaan dan kemantapan ilmu agama
membolehkan beliau mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam dan
mempraktikkannya. Beliau cuba untuk memperluaskan perlaksanaan hukum-hukum
Islam dalam setiap bidang kehidupan.

Imam Abu Hanifah berguru dengan beberapa orang `ulama’ yang hidup sezaman
dengannya. Guru fiqh yang banyak memberi sumbangan kepada dirinya ialah Imam
Hammad bin Abi Sulayman selama 18 tahun. Selain berguru dengan para tabi`in, beliau
juga menemuï beberapa orang sahabat Nabi, antaranya Anas bin Malik, `Abdu Llah bin
Abi Awfa, `Abdu Llah bin Al-Hasan, Zayd bin `Aliy, `Abdu Llah bin Al-Haris bin Juz’,
dan Ma`qal bin Yasar, Abu t-Tufayl `Amir bin Wasilah.

Imam Abu Hanifah mempunyaï ramai murid yang masyhur seperti Abu Yusuf, Asad bin
`Amr, Al-Qasim bin Ma`n, Zafr bin Al-Huzayl, Al-Walid bin Aban, Abu Bakr Al-Hazliy,
Ya`qub bin Ibrahim Al-Ansariy Al-Kufiy,  Muhammad bin Al-Hasan bin Asy-Syaybaniy
dan Al-Hasan bin Ziyad Al-Lu’lu’iy Al-Kufiy.
  •  SUMBANGAN KEPADA TAMADDUN ISLAM
  1. Kebanyakan masanya digunakan untuk mengajar di masjid.
  2. Berfikiran secara kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fiqh.
  3. Ulama’ pertama yang menyusun kitab fiqh mengikut bab dan fasl dengan baik
    dan tersusun.
  4. Seorang yang amat teliti dalam menentukan hukum mengikut martabat hadis.
  5. Menyusun cara mengeluarkan hukum berdasarkan kepada kaedah-kaedah
    tertentu.
  6. Antara kitab yang ditulis oleh beliau ialah Al-Fiqhu l-Akbar dan Kitabu l-
    Fara’idh.
  7. Beliau juga seorang yang amat teliti terhadap hadis. Beliau hanya menerima hadis
    yang sahih dan kuat sanadnya.
  • PENGARUH MAZHAB ABU HANIFAH
Aliran mazhab Imam Abu Hanifah dikenali dengan nama Mazhab Hanafiy. Sejak ia
muncul, ia tersebar luas dan begitu berpengaruh di Iraq. Mazhab Hanafiy ialah mazhab
rasmi Dawlah `Usmaniyyah, dan masih berpengaruh di negara-negara bekas jajahan
Dawlah `Usmaniyyah seperti Mesir, Syria, Lubnan, Bosnia dan Turki.

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar