Religi Umum Humor Tutorial
Adam As. Idris As. Nuh As. Hud As. Saleh As. Ibrahim As. Ismail As. Ishaq As. Yaqub As. Yusuf As. Zulkifli As. syuaib As. Musa As. Harun As. Daud As. Sulaiman As. Ilyas As. Ilyasa As. Ayub As. Yunus As. Zakaria As. Yahya As. Luth As. Isa As. Muhammad SAW
Post Icon

biografy imam malik

  • RIWAYAT HIDUP

Nama beliau ialah Malik bin Anas bin Abi `Amir bin `Amr bin Al-Haris.Beliau digelar Syaykhu l-Islam, Hujjatu l-Ummah, dan Imam Daru l-Hijrah. Kunyahnya ialah Abu `AbdiLlah. Ibunya bernama Aliyah binti Syarik Al-Azdiyyah.Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 93H/713M, iaitu pada tahun kematian Anas khadam Rasulu Llah.Datuknya yang pertama, iaitu Malik bin `Amir adalah golongan `ulama’ tabi`in yang terkemuka. Moyangnya, `Amir bin Al-Haris adalah seorang sahabat dan pernah berperang bersama-sama dengan Nabi Muhammad.Sejak kecil, beliau dididik agar menghormati ibu bapa, orang dewasa dan guru. Beliau merupakan seorang yang berbadan tegap, kuat serta supa berpakaian cantik dan bersih.Beliau mempunyaï pandangan yang bernas, mempunyaï pendirian yang teguh, bijaksana dan kuat ingatan. Beliau juga seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang sakit dan mengiringi janazah. Beliau banyak membantu mereka yang mempunyaï hajat dan tidak suka mencela orang lain. Beliau ialah seorang yang
tawadhdhu` dan tidak pernah menunggang kudanya di Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulu Llah.
 Imam Malik meninggal dunia pada pagi hari Ahad dalam bulan Rabi`u l-Awwal tahun 179H/ 789M ketika berusia 89 tahun dan ditanam di perkuburan Baqi`, Madinah.
  • PENDIDIKAN

Imam Malik seorang yang banyak mendampingi `ulama’ Madinah sejak kecil.Ingatannya sangat kuat sehingga dapat menghafaz Al-Qur’an dan Hadis sejak kecil.Beliau merupakan seorang Imam dalam hadis dan riwayatnya dipercayaï. Beliau berguru dengan lebih daripada 900 orang guru daripada kalangan tabi`in dan tabi` tabi`in.Gurunya yang pertama ialah Imam `Abdu r-Rahman bin Hamzah. Beliau pernah mempelajari ilmu hadis daripada Ibnu Syihab Az-Zuhriy dan ilmu ar-ra’y daripada Rabi`ah bin `Abdu r-Rahman.

Imam Malik mula mengajar ketika berusia 17 tahun di Masjid An-Nabawiy. Kuliahnya turut dihadiri oleh gurunya sendiri, antaranya Muhammad Muslim bin Az-Zuhriy. Ajaran Imam Malik mendapat perhatian dan tersebar di Hijaz, Maghribi dan Andalus, Algeria, Tunisia, Libya, Sudah, Bahrain, Kuwait, Mesir dan lain-lain.

Imam Malik dianggap sebagai tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan fiqh. Adalah diakuï bahawa antara hadis yang paling sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Ibni `Umar dan Az-Zuhriy. Apabila ditanya tentang ilmu hadis, Imam Malik tidak terus keluar menjawab sehingga beliau mandi dan memakai pakaian yang bersih serta bau-bauan, sebagai penghormatan beliau kepada hadis Nabi.
  • GURU-GURUNYA
1-  Ayyub bin Abi Tamimah As-Sikhtiyaniy
2-  Ja`far bin Muhammad As-Sadiq
3-  Humayd At-Tawil
4-  Dawud bin Al-Husayn
5-  Zayd bin Aslam
6-  Salim Abu n-Nadhr
7-  Sa`id bin Abi Sa`id Al-Maqburiy
8-  Abi Hazim Salmah bin Dinar Al-Madaniy
9-  Suhayl bin Abi Salih
10-  `Amir bin `Abdi Llah bin Az-Zubayr
11-  `Abdu Llah bin Dinar
12-  `Amr bin Yahya bin `Ammarah Al-Maziniy
13- Muhammad bin Muslim bin Syihab Az-Zuhriy (ﻱﺮﻫﺰﻟﺍ ﺏﺎﻬﺷ ﻦﺑ ﻢﻠﺴﻣ ﻦﺑ ﺪﻤﳏ)
14- Nafi` Mawla Ibnu `Umar
15- Hisyam bin `Urwah
16- Yahya bin Sa`id Al-Ansariy
  • murid-muridnya:
1-  Ahmad bin Abi Bakr Az-Zuhriy
2-  Isma`il bin `Ulayyah
3-  Juwayriyah bin Asma’
4-  Sa`id bin Mansur
5-  Syu`bah bin Al-Hajjaj
6-  `Abdu Llah bin `Abdu l-Wahhab Al-Hajabiy
7-  `Abdu l-A`la bin Hammad An-Narsiy
8-  `Abdu r-Rahman bin `Amr Al-Awza`iy
9-  Abu Nu`aym Al-Fadhl bin Dakin
10- Muhammad bin Idris Asy-Syafi`iy
11- Ma`n bin `Isa Al-Qazzaz
12- Yahya bin Sa`id Al-Qattan 
13- Yahya bin `Abdi Llah bin Bukayr
14- Yahya bin Yahya Al-Andalusiy
15- Yahya bin Yahya An-Naysaburiy
16- Abu `Amir Al-`Aqdiy
17- Abu `Aliy Al-Hanafiy
  • SUMBANGAN

Sumbangan terbesar Imam Malik ialah kitabnya Al-Muwatta’,kitab Risalatun Fi l-Qadr dan Kitab-kitab lain yang banyak menjadi rujukan sampai sekarang

Related Posts

0 komentar:

Posting Komentar